Thursday, December 17, 2009

citaku impianku...

Semasa saya kecil, saya bercita-cita untuk mengubah dunia. Tetapi bila saya membesar, saya

merasakan ia sebuah cita-cita yang terlalu besar. Lalu saya menukar cita-cita saya untuk

mengubah negara saya.Namun semakin saya membesar menjadi remaja, saya merasakan ia

juga satu cita-cita yang terlalu besar. Maka saya menukar cita-cita saya untuk mengubah

bandar kelahiran saya.

Oh, setelah meningkat dewasa saya merasakan ia juga sesuatu yang amat sukar untuk

dilaksanakan. Saya perlu menukar lagi cita-cita saya. Kini cita-cita saya ingin mengubah

keluarga saya.Semakin hari semakin meningkat tua, saya rasa terlalu sukar untuk mengubah

keluarga. Saya perlu mula mengubah diri saya sendiri.

Jikalah saya bercita-cita sejak kecil dahulu untuk mengubah diri saya sendiri, pasti saya

akan berjaya mengubah keluarga saya, bandar kelahiran malah negara saya. Juga

mana tahu saya juga mampu untuk mengubah dunia.Tetapi kini saya sudah tua. Segalanya

sudah terlambat.”

0 comments:

About This Blog

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP